Saturday, June 23, 2012

KHASIAT JAGUNG

Memang minat sangat makan jagung.

Kadang-kadang tak makan nasi pun takpe.

My mum pun mesti belikan untuk saya tiap kali balik hujung minggu.

Banyak khasiat yang terkandung dalam jagung ni.

Jom amalkan makan jagung. :)




[Info Jagung]:

Jagung atau nama saintifiknya ‘Zea mays’ berasal dari keluarga rumput ‘Gramineae’.Jagung merupakan sejenis bijirin yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.Jagung muda kaya dengan protein,beta-kerotina,vitamin A,B1,B6,C dan K,kalsium,fosforus,zat besi,serat tinggi dan mengandungi sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan.

Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang,gigi,rambut dan hati.Ia juga boleh menurunkan tekanan darah serta melawaskan pembuangan air kecil.Jagung juga mengandungi karbohidrat yang memberikan tenaga kepada tubuh.Ia sesuai dijadikan makanan semasa berdiet kerana sifatnya yang bebas lemak,kolestrol dan rendah kalori.

Menurut kajian saintis makanan dari Universiti Cornell New York,USA,jagung yang dimasak sama ada dikukus,rebus atau dibakar,membebaskan zat yang cukup iaitu sebatian phenolik yang dipanggil asid ferulik untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

* Artikel KLIK SINI ..

No comments:

Post a Comment